Assalamualaikum... pe kabar semua hamba ALLAH SWT ...=)
alhamdulillah... ari nie segalanya pe yg kita lakukan semua nya selamat dan di berkati.. alhamdulillah...
mmm... semalam anda semua merasa x gegaran di malaysia...?? sesetengah tempat tue mesti merasa kan.. mcm tu jugak di tempat aishah... mmng agak menakutkan ye lar mana x nye.. first time terjadi... n mmng xdisangka2 kan akan terjadi... aishah ingat aishah nie pening ke.. pe ke.. upa nya x... SUBAHANALLAH... tp alhamdulillah xjd pape an... hehehe...
bila dapat info dr metrologi.. mengatakan bahawa belaku
GEMPA BUMI DI ACEH 8.9 SR BERPOTENSI TSUNAMI...
pe tah g dapat info terbaru tentang
Tsunami sudah melanda pulau Simelu dgan ketinggian 6 meter. Kelajuan Ombak selepas gempa bumi akan melanda bandar aceh sebentar lg adalah 756 km/j. Ombak tsunami dijangka tiba di georgetown pd 9;11 pm dan di pd 2'10 am.
So no wonder la... kita semua takut kn tentang becana nie.. sbb pe yg kita ketahui.. tsunami paling teruk penah melanda aceh dan jepun yg dah mengorban kan berpuluh2 ribu nyawa..
sebenar nya Allah melakukan apa sahaja yang dikehendaki-Nya. Tiada yang berlaku di luar kehendak Allah, maha suci Allah daripada mengadakan atau meniadakan sesuatu kerana digagahi oleh yang lain, atau kerana lalai atau terlupa, atau memerlukan ‘illat (penyebab) atau terikat pada tabiat sesuatu itu. Allah memiliki Qudrat dan Iradat yang mutlak, kita sebagai hamba-Nya wajib beriman bahawa Allah mengadakan sesuatu atau meniadakan sesuatu dengan hikmah yang diketahui-Nya, mungkin sahaja hikmah itu diluar kemampuan kita untuk memahaminya. Sebagaimana firman-Nya yang bermaksud:
“Dia(Allah) tidak disoal tentang apa yang diperbuat-Nya, dan mereka (manusia) yang akan dipersoalkan tentang perbuatan-perbuatan mereka”. [al-anbiya:23].
Keyakinan sebegini akan membuatkan kita tidak perlu mempersoalkan, sebagai contoh, kenapa tsunami berlaku di kawasan yang di diami oleh penduduk Islam sedangkan kawasan-kawasan lain yang selamat pula mempunyai penduduknya melakukan kemungkaran dan kemaksiatan. Kita yakin bahawa Qudrat dan Iradat-Nya boleh mengadakan dan meniadakan semua yang mungkin.
selain Tsunami berlaku di aceh.. tsunami juga menghentam di negara jepun.. siapa sangka dan siapa duga.. bahawa Apa yang mengejutkan kita, sebuah negara yang sangat terkenal dengan teknologi yang sarat tidak dapat mengesan kehadiran amaran tsunami kali ini. Siapa sangka sebuah negara maju yang memiliki pelbagai jenis teknologi tidak mampu menandingi kuasa Allah. Firman Allah :
"Dan Dialah yang menciptakan langit dan bumi dengan benar. Dan benarlah perkataan-Nya di waktu Dia mengatakan: "Jadilah, lalu terjadilah", dan di tangan-Nyalah segala kekuasaan di waktu sangkakala ditiup. Dia mengetahui yang ghaib dan yang nampak. Dan Dialah Yang Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui"' [ Al An'aam:73]
"Dan Dialah yang menciptakan langit dan bumi dengan benar. Dan benarlah perkataan-Nya di waktu Dia mengatakan: "Jadilah, lalu terjadilah", dan di tangan-Nyalah segala kekuasaan di waktu sangkakala ditiup. Dia mengetahui yang ghaib dan yang nampak. Dan Dialah Yang Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui"' [ Al An'aam:73]
Kita diajar untuk memahami dan menerima sebab-sebab fizikal yang mengakibatkan berlakunya sesuatu kejadian, di dalam perbincangan sifat 20,
ianya disebut sebagai hukum adat..Hukum adat ditakrifkan sebagai “ketetapan yang kita terima bahawa terdapatnya hubungan di antara sesuatu perkara dengan suatu perkara lain semada dalam menentukan ada atau tiadanya perkara itu, dan penerimaan ini berdasarkan pemerhatian yang hubungan tersebut berlaku secara berulang-ulang, hukum ini diterima walaupun ada keadaannya perkara tersebut tidak semestinya memberi kesan kepada yang satu lagi”
Kenyataan hukum adat ini mempunyai wajah yang sangat saintifik, ianya meliputi menentukan kebenaran sesuatu itu kerana sesuatu fenomena itu berlaku secara berulang-ulang, contohnya air beku pada suhu 0 centigrade dan mendidih pada suhu 100 centigrade, yakni diterima hubungan suhu tertentu dengan sifat beku dan mendidihnya air. Juga diterima terdapat pengekecualian kepada ketetapan itu misalnya tabiat air itu akan sedikit berubah apabila berada di kawasan tanah tinggi yang tekanannya rendah atau ditambah garam kepadanya.
Pada peringkat perbincangan hukum adat ini, kita mengkaji dan boleh menerima kajian orang lain tentang sebab-sebab fizikal berlakunya gempa-bumi yang berpusat di pantai barat Sumatra itu. Kita dapat menerima penerangan yang menjelaskan pergerakan tectonic, kepingan India (Indian Plate) bergerak ke arah timur laut pada kadar 61mm/setahun, lebih kurang kadar pertumbuhan kuku jari tangan kita.
Kepingan India ini menyelip masuk ke bawah Kepingan Burma bermula di ‘Sunda Trench’, Apabila terbentuk tekanan yang tinggi pada gerakan kepingan ini, ianya mengakibatkan berlakunya `thrust-faulting’ pada permukaan pertemuan dua kepingan ini, thrust faulting ini mengakibatkan berlaku slip faultingyang selari dengan Sunda Trench dan strike-slip faulting yang setentang (perpendicular) dengan Sunda Trench. Secara keseluruhan, sempadan kepingan tectonic sepanjang 1200km telah mengelunsur (slip), yang mengakibatkan gerakan vertikal setinggi 15 m. Ini menyebabkan permukaan laut di kawasan yang terbabit melonjak naik beberapa meter. Pergerakan permukaan dasar laut inilah pula yang menyebabkan berlakunya tsunami.
Walaupun teori gerakan tectonic banyak membantu kita memahami sebab-sebab berlakunya gempa bumi dan kegiatan gunung berapi tetapi ahli sains masih mencari mekanisma yang lain untuk menerangkan gempa-bumi yang pernah berlaku di New Madrid, Missouri pada tahun 1881-1882 dan di Charleston, South Carolina pada tahun 1886.
Walaupun teori gerakan tectonic banyak membantu kita memahami sebab-sebab berlakunya gempa bumi dan kegiatan gunung berapi tetapi ahli sains masih mencari mekanisma yang lain untuk menerangkan gempa-bumi yang pernah berlaku di New Madrid, Missouri pada tahun 1881-1882 dan di Charleston, South Carolina pada tahun 1886.
sahabat aishah sekalian.. aishah harap... dari info dan cerita aishah ini dpt bg penagajaran tuk kita semua... insyaallah..




No comments:
Post a Comment