AsSalAmUaLaIkUm... CoReTaN gAdIs BiAsa.. BiArKaN SaJe HaTi KeCiL bErBiCaRa (^_^)

About Me

My photo
kuala lumpur, islam, Malaysia
assalamualaikum... salam pekenal kn diri gadis yg sangat biasa dari anak arwah hj mohd yassim dan asimah... =) muka memang nampak macam kacukan mammy or pakistan (orang cakap) tp sebanar shah tulin melayu ok... =)kawan2 leh pnggil aishah or shasha pn xpe.. hehehe... shah sebenar nye.. seorang yang sangat mudah mesra ngn sapa2 sje... xkira muda mahupn tua.. bg aishah semua sama sj.. =) dn aishah seorng yg sngt suka berkongsi pape pn cerita xkisah suka or duka.. kate kawan aishah seorang yg kelakar.. so.. harap kawan2 baru aishah xmo sombong2 ye... dan selamat berkenalan.. =)

Tuesday, 5 June 2012

Petanda Jatuh Cinta

agak2 nye taw x.. pe petanda anda2 sume dh jatuh cinta ...?? jom baca..=)


~Kisah jenakanya sering membuat anda tertawa
Biarpun anda sudah mendengar jenaka yang disampaikan si dia untuk kali ke-1,000 sekalipun anda masih ketawa. Hilai tawa juga membantu anda dan pasangan mengelak dari tekanan dan menjadikan hubungan mesra.

~Anda rela mengubah kebiasaan yang sulit ditinggalkan
Anda mungkin sering melihat orang yang tiba-tiba berhenti merokok sejurus berkahwin dan itu mungkin berdasarkan permintaan pasangannya. Menurut penelitian, perhubungan atau ikatan perkahwinan yang terjalin antara dua pihak sebenarnya mampu mengubah tabiat buruk atau kekurangan seseorang itu. Sokongan yang diberi pasangan juga menguatkan lagi semangat.

~Bersama dia hidup anda jadi lebih seimbang
Jika dulu anda lebih suka menghabiskan masa di pejabat, tapi selepas bersamanya anda mula melakukan pelbagai aktiviti luar seperti bersenam atau beriadah. Anda jadi lebih seronok untuk melakukan pelbagai aktiviti terutama jika dia turut serta.

~Anda dan dia saling melengkapi ucapan
Setiap bicara yang diungkap pasti disambut dengan kata-kata yang sedang bermain di kotak pemikiran anda. Kajian psikologi menunjukkan pasangan yang serasi lazimnya memiliki banyak persamaan dan tanpa menyedarinya kadang kala cara percakapan dan pemikiran mereka sebenarnya sama. ..






(^_^)

PERTEMUAN DAN PERPISAHAN .... kami di HND ENGINEERING ELECTRONIC T_T



Assalamualaikum.... 
hai sume.. lama plak shah xupdate blog.. mmng lama sgt2... tp now dh free leh la update kan...=) dlu bz sngat dgan final year.. now alhamdulillah... selesai segalanya..

today aishah nak kongsikan tentang pertemuan kami sekelas dan perpisahan kami di akhir semester..
mcm biasa bila student baru2 ni.. of course xde kawan kan... kawan pertama yg kita jumpe de lah kawan kelas kite sendiri... mcm tu jugak ngn aishah..  dan perkenalan aishah dengan kawan2 sume ex ikm... pelbagai ikm ada.. =) 








ni la kawan2 aishah yg pertama aishah jumpe.. time kami ada minggu silaturahim.. dan disinilah bermulanya pengembaraan kami sebagai student FOUNDATIONAL HND EE . yg sngt mencabar... =) 
selepas kami bersama2 selama 1 sem kami berpisah kelas.. huuuuuuuuuuuu sedey.... hehehehe

dan inilah kawan baru aishah.. yang aishah amat sayang sekali.. =) 


dan bermula lah kenangan terindah kami dan perjuagan kami sebagai student HIGHER NATIONAL DIPLOMA OF ENG ELECTRONIC... 
banyak sangat kenangan pahit manis kami... suka duka kami... pergaduhan kami... waaaccaaaa.. tp sume itu sebagai tanda persahabat kami... =) 









































banyak kan kenangan kami... =)  
kenangan yg sngt indah2... dan skang kami berpisah.. dah sem akhir kan.. jujur katakan mmng sngt sedih.. dan aishah harap mereka juga xkan lupa kan kenangan indah nie... insyaallah.. ok lah smpai disini saje... luahan hati aishah.. pape pun mereka sangat best... =)..

HND 1C , HND 2C, HND 3C
AJLAA
NOR AIDA
AISHAH
IZZAT EMIR (BOB)
SYAHIR AZIZAN(UDE)
FAREEZ
SYAKIRIN
SYAFEEQ FAZAD(LABU)
KHAIRUL HILMI (EMY)
MOHD NOR AKMAL
WAN MUSTAPHA KAMEL
AINAL HAFIZ 
KAMARUL 


Friday, 13 April 2012

cinta VS Putus Cinta ...

assalamualaikum.... hye .... =) pe kabar semua ..?? sihat x...??? huhuhuhu... mm. aishah ingat kn.. aishah nk kongsi kan beberapa pendapat tentang cinta VS putus cinta....



" CINTA "
aishah ada beberapa mutiara kata cinta yang ingin dikongsi an bersama.. jom baca =)
  • Jika kita mencintai seseorang, kita akan senantiasa mendo'akannya walaupun dia tidak berada disisi kita.
  • Tuhan memberikan kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita ? Karena Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah Cinta ...
  • Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mau mencoba. Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup. Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi, jika kamu masih tidak dapat melupakannya.
  • Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan, walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan Kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan.
  • Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterimakasih atas karunia tersebut.
  • Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat dan kemarahan menjadi rahmat.
  • Seandainya kamu ingin mencintai atau memiliki hati seorang gadis, ibaratkanlah seperti menyunting sekuntum mawar merah. Kadangkala kamu mencium harum mawar tersebut, tetapi kadangkala kamu terasa bisa duri mawar itu menusuk jari.
  • Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati, sehingga kamu kehilangannya. Pada saat itu, tiada guna penyesalan karena perginya tanpa berkata lagi.
  • Cintailah seseorang itu atas dasar siapa dia sekarang dan bukan siapa dia sebelumnya. Kisah silam tidak perlu diungkit lagi, kiranya kamu benar-benar mencintainya setulus hati.
  • Hati-hati dengan cinta, karena cinta juga dapat membuat orang sehat menjadi sakit, orang gemuk menjadi kurus, orang normal menjadi gila, orang kaya menjadi miskin, raja menjadi budak, jika cintanya itu disambut oleh para pecinta PALSU.
  • Kemungkinan apa yang kamu sayangi atau cintai tersimpan keburukan didalamnya dan kemungkinan 
  • apa yang kamu benci tersimpan kebaikan didalamnya.
  • Cinta adalah keabadian ... dan kenangan adalah hal terindah yang pernah dimiliki.
  • Cinta mampu melunakkan besi, menghancurkan batu, membangkitkan yang mati dan meniupkan kehidupan padanya serta membuat budak menjadi pemimpin. Inilah dahsyatnya cinta.
  • Cinta bukanlah kata murah dan lumrah dituturkan dari mulut kemulut tetapi cinta adalah anugerah Tuhan yang indah dan suci jika manusia dapat menilai kesuciannya.
  • Jika saja kehadiran cinta sekedar untuk mengecewakan, lebih baik cinta itu tak pernah hadir 

itulah cinta =) ...

jom kita lihat tentang "PUTUS CINTA" 

PUTUS CINTA... hurmmm... yup ia amat menyakitkan kpd semua manusia makhluk yg paling istimewa yg Allah swt ciptakan... kerana bg aishah di dalam dunia nie.. sape yg mahu kan kehilangan pe tah lg perpisahan kan... tp percaya dan retima lah setiap pertemuan kita pasti dan wajib kita akan lalui perpisahan ... 

Sudah menjadi adat orang bercinta, gaduh ala-ala hindustan sudah menjadi kemestian. Cuba anda bayangkan ikatan perkahwinan suami isteri pun boleh terpisah inikan pula pasangan kekasih tanpa sebarang ikatan.

Dengan hanya satu sebab, bila cinta itu tidak indah lagi seperti yang diimpikan pada awalnya. Cinta ini sangat aneh kalau anda hendak tahu. Ianya sangat sukar untuk diterjemahkan. Datangnya bukan dari paksaan dan perginya pula tanpa kerelaan.

Kita selalu dengar orang mengatakan cinta kepada seseorang hanyalah cinta sementara dan cinta yang kekal adalah cinta kita kepada-Nya. cinta tidak berupa tatapan satu sama lain, tetapi memandang ke luar bersama dan ke arah yang sama iaitu mencari cinta Ilahi agar sesebuah ikatan itu diredhai-Nya.

Mungkin ada di antara kita yang pernah mengalami situasi seperti ini. Sungguh pahit untuk ditelan dan sakit untuk diubati. Apa yang pasti kecewa akan mengambil alih perasaan itu. Panas yang ku sangkakan hingga ke petang rupanya hujan ditengahari. 

aishah akan cuba bg TIPS2 menghadapi putus Cinta ok ... =) harap tips2 nie dapat membantu kawan2 di luar sana... =) 

  1. Dekatkan diri dengan Allah dan perbanyakkan membaca al-Quran untuk ketenangan jiwa.
  2. terima hakikat ... 
  3. Lakukan seberapa banyak kerja untuk melupakan perasaan sedih.
  4. Keluar bersama kawan kawan dan lakukan aktiviti tertentu yang bermanfaat.
  5. Tidak menyalahkan diri sendiri dan sentiasa berfikiran positif.
  6. Bagi yang berkemampuan, pergi membeli belah bersama keluarga atau kawan-kawan.
  7. Pergi ke tempat yang dapat menenangkan jiwa anda.
  8. Cari seberapa ramai kawan di laman sosial yang boleh membuatkan anda gembira dan rasa sedih itu hilang.
Ada juga yang mengatakan dengan menanam sifat benci terhadap bekas pasangan kekasih kita dengan cara menulis seberapa banyak perkara buruk tentang dia dapat membantu untuk melupakannya.

Pada pandangan aishah, cara itu adalah silap. Semakin kita benci semakin kuat perasaan itu menguasai anda. Benci tapi rindu terutamanya cinta itu adalah cinta pertama anda. =) ... 

kawan2... =) bagi aishah Cinta, membuat bahagia, duka ataupun buta. Cinta itu penuh pengorbanan, kepahitan, keindahan dan kehangatan. Cinta adalah sebuah keinginan untuk memberi tanpa harus meminta apa-apa, namun cinta akan menjadi lebih indah jika keduanya saling memberi dan menerima, sehingga kehangatan, keselarasan dan kebersamaan menjalani hidup dapat tercapai. CInta adalah kata yang memiliki banyak makna, bergantung bagaimana kita menempatkannya dalam kehidupan. 

dan putus cinta pula... ia amat sekali menyakitkan.. dan meninggal kan parut yg amat dalam bg semua orang yg menghadapi putus cinta... =)
tapi... jgn sebab kan putus cinta kita jadi bermusuhan dengan si dia.. tp anggaplah.. ia sebagai kawan kita.. sebab bg aishah sepanjang kita bersama si dia.. dia pasti kenal kita mcm ne kn.. =) ... jd memaafkan adalah perkara yg dapat menenang kan hati semua pihak.. jgn bergaduh.. dan jgn bersedih... kerana ALLAH SWT... akan bg terbaik untuk kita...

dan bg yg dh terlanjur... pe yg aishah harap kan .. kita sama2 pulang kepangkal jalan k... aishah yakin.. allah swt xpenah kejam dengan hamba2 nya yang di sayangi... sbb... mungkin allah swt nak ganti kan pasangan yg telah bawa kita kejalan mungkar allah pd suatu ketika dulu... kepada pasangan yg sentiasa membawa kita kejalan allah swt...

p/s :: jgn penah anggap cinta adalah kejam... kerana kita yg mencorak kn cinta... =) anggap lah cinta si dia adalah suatu keindahan walaupun sakit kita hadapai... kerana kesakitan itu adalah satu kekuatan tanpa kita sedar...




papai... =) 

Thursday, 12 April 2012

10 Ayat Pedas Bagi Kpd Orang Yg selalu bagi Alasan " Kubur Masing-Masing "

assalamualaikum.. kawan2....
so, tuk statement hari nie aishah nk cite sikit pasal orng yg belagak.. yg selalu cakap..
"" Suka Hati Aku lah nak buat apa pun... kubur masing2 kan.. "
eeee... kadang2 terpikir diowng cakap sesuka ati je an.. xpikir langsung betapa "AZAB" seksaan kubur yg diowng akan hadapi nie...
kalo u allz nak tahu Statement 'kubur masing-masing' antara alasan tipikal yang kerap diguna pakai oleh mereka yang sangat-sangat ego dan bongkak untuk menerima teguran atas kejahilan yang mereka lakukan. Berikut adalah 10 contoh ayat makan dalam yang boleh dipraktikkan ke atas golongan macam ni. 

Memanglah Kubur Masing-Masing. TETAPI,
1. Mati nanti, kau mandi sendiri, kafan sendiri, solat jenazah sendiri. Kubur pun kau gali sendiri, tanam sendiri. 

2. Sebab kubur masing-masing la aku nak nasihat kau. Kalau kita sekubur, boleh jugak aku tolong jawab bila Malaikat soal. Kalau nak kena balun, boleh aku tolong cover kau.

3. Aku takut orang tak nak datang baca Yassin nanti sebab tak tahan bau busuk jenazah kau. Nak ziarah atau cium jenazah kau pun tak sanggup sebab berulat.

4. Aku tak nak dapat dosa sebab tak tegur kau. Tak naklah teman kau kat neraka tu. Takde air-cond.

5. Pastikan kau tulis wasiat supaya kubur kau ditanam di tanah perkuburan khas untuk kau sorang je. Sebab takut orang lain dalam kubur sebelah rasa terganggu sebab asyik dengar suara kau terpekik terlolong kena siksa.

6. Bukan setakat kubur. Rumah pun orang duduk asing-asing. Tapi kalau kau buat bising, rumah kau busuk, kotor, kau ingat jiran sebelah suka?

7. Kau ingat dalam kubur tu macam hotel ke boleh santai-santai walaupun buat dosa? Dengan sempitnya, ular, kala jengking dan macam-macam lagi azab siksa kubur.

8. Kesianlah kat orang yang nak usung jenazah kau tu. Patah tulang bahu diorang nanti sebab mayat kau berat sangat. Tak pasal-pasal nanti nak kena sewa kereta kebal pulak usung mayat kau.

9. Kau yakin ke mati nanti kau masuk kubur? Aku takut tanah tak nak terima jenazah kau je. Orang lain jugak susah nak kena ke laut semata-mata nak campak mayat kau tu.

10. Aku nak tolong kau kat dunia ni sebab bila dah masuk kubur tak boleh nak tolong dah. Sebab semua orang akan buat hal masing-masing. Hinggakan, walau kita semua bertelanjang bulat kat padang mahsyar nanti, takdenye ada orang nak peduli tengok kau punya.



p/s :: so, jgn lh belagak or sombong sangat pasal bab2 kematian ok... =) sbb kita semua akan alami.. n beza nya adalh merasa saat kehidupan di alam barzakh nanti... kalo baik alhamdulillah selamat.. kalo tidak ...??? sama2 lah kita renung2 kan.. assalamualaikum...